.

Who am I ?

24 April 2011

Seusai solat Subuh dan menghafaz beberapa ayat daripada Surah al-Isra',juzuk ke-15, saya ke belakang rumah. Subhanallah... nyamannya udara ciptaanNya meskipun kita tidak dapat melihatnya. Merenung jauh ke ufuk langit menanti mentari menyinarkan nikmatNya,cahaya. Sesekali keocehan beburung dengan cicipannya menyaingi derikan cengkerik. Jauh merenung tapi minda kosong. Terdetik tiba-tiba satu persoalan,lantas menjadi persoalan utama hingga ke hari ini,

"Who am I ?"

***************************************************************************

Siapa aku sebenarnya?Eh..aku Hamiduddin Ismail lah. Tapi... itu nama aku, bukan aku. Erm..aku ialah seorang anak sebab aku dilahirkan. Aku solat subuh tadi jadi aku ialah... penyolat Subuh.Hmm.. Mana ada istilah 'penyolat' pandai-pandai pula aku merosakkan bahasa. Apabila aku lemah aku minta bantuan daripada Allah, maknanya aku.... peminta rahmah Allah. Aku buat dosa jadi aku ialah pembuat dosa.Masya-Allah... teruknya aku. Aku buat baik jadi..erm belum cukup baik pun. Aku ada blog kira aku blogger la. Aku ada abang jadi aku ialah adik. Aku ada adik jadi... aku abang dia. Aku ada sedikit ilmu... jadi aku ialah ulamak!!Hmm...dak jugak, banyak benda lagi yang aku jahil. Arghhh..

Ni semua gelaran kepada pembuat. Ni semua tak kekal.Ya, tak kekal dan ada unsur ralat. Cuba fikir kalau aku buat dosa yang selain syirik kemudian aku bertaubat, adakah aku tetap si pembuat dosa? Dak... tak kekal. Untuk aku terus berdiri teguh dalam perjuangan ini, aku mesti kenal diri aku supaya aku boleh manipulasi kekuatan/kelebihan dan kelemahan/kekurangan aku dalam perjuangan. Kalau aku lemah, aku pulihkan dengan kekuatan yang ada. Kalau aku kuat, aku tingkatkan aspek yang aku lemah.

Macam mana aku nak bimbing orang kalau aku sendiri tak kenal diri aku? Baik, apa kata aku guna kemahiran 'conceptual thinking' yang aku selalu praktis. Mungkin aku boleh nampak dengan lebih jelas. Baik, mula-mula...

Allah cipta aku, maka aku ialah ciptaanNya. Sebut tentang ciptaan Allah, ada terlalu banyak ciptaanNya. Apa beza aku dengan ciptaan lain?

Baik, aku manusia. Ahsani taqwim iaitu sebaik-baik ciptaan macam yang Allah beritahu dalam Surah at-Tin pada ayat yang ke-4.

Bersambung...



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP