.

Serikandiku yang Tercinta

09 April 2011

" Tak! Dahsyat! Dia belum surrender! "
'Hujan Mesej' dan 'Ribut Calling' masih melanda, tetapi dengan bentuk serangan yang baru. Saya tertipu. Kali ini dia menyamar jadi lelaki. Menurutnya, dia salah seorang rakan PLKN dari Kompeni Delta. Nizam namanya. 'Nizamm'...hmm.  Macam-macam yang disoalnya,saya jawab semua kerana yakin bebas daripada unsur Ikhtilat dan Mahabbah Jahiliyyah. Setelah beberapa hari, saya tersedar ,"Eh, mana ada pelatih PLKN dari Kompeni Delta nama Nizam!Ahh! Aku kena tipu!"

   Mudah-mudahan Allah mengurniakan hidayah kepadanya,saya dan kita semua. Bijak pandai ada menyebut,' Bukan soal apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya'. Alhamdulillah, Allah menyedarkan saya daripada terlepas pandang terhadap hakikat ini. Saya perlu memandangnya sebagai seorang mad'u iaitu orang yang perlu didakwahkan, juga sebagai seorang saudara seakidah, bukannya terus memandang serong. Nasihat saya buat pembaca semua, burulah cinta Ilahi sebelum memburu cinta insani yang tidak pasti. Bentengilah hati dan nurani kalian daripada Mahabbah Jahiliyyah ini kerana sesungguhnya Mahabbah Jahiliyyah termasuk dalam erti 'Syirik Khafiy'. Buat mujahidah-mujahidah perjuangan, tetapkankah hatimu di jalan ini, tabahkanlah hati menongkah arus modenisasi yang kembali menuju era Jahiliyyah, biarlah dicaci dan dikritik manusia asalkan agama selamat akhirnya.
  Sekalung sayang saya utuskan buat serikandi yang tercinta, Mak. Dan buat Ukhtiku, sesungguhnya Akhi sangat memerlukanmu dalam perjuangan ini. Tanggungjawab dan amanah Akhi semakin bertambah hari demi hari. Akhi memohon maaf kerana kurang memberi perhatian kepadamu, Akhi akui Akhi lebih banyak meluangkan masa bersama masyarakat dan agenda perjuangan. Akhi perlukanmu di sisi sebagai teman seperjuangan. Marilah bersama.

Di bawah ini saya titipkan sebuah nasyid berserta liriknya untuk renungan bersama, khususnya buat muslimah. Al-Wadi merupakan sebuah kumpulan nasyid penuntut Universiti al-Azhar tak lama dulu. Ada antara mereka yang pulang ke Malaysia dan menubuhkan kumpul Wadi el Jadid. Fahami dan hayatilah bait-bait lirik nasyid ini.




Tidak pernahkah ada impian,
Terlukis indah mewarnai hidupmu,
Menjadi muslimah kebanggaan,
Menjadi penggerak dalam perjuangan,
Sedangkan Fatimah,
Berbahgia di syurga
Kau generasi bakal menggoncang dunia,
Yakinilah

Apakah kau masih diulit mimpi,
Menjauhkan diri dari titah Ilahi,
Menjadi srikandi harapan pertiwi,
Menjadi penyeri nirwana duniawi,
Tanpa sumbanganmu ummah membeku,
Untukmu muslimah kami hamparkan,
Hirisan doa.

Demi cinta demi cita-cita,
Kau pikul amanah suci,
Tabahkan hatimu curahkan baktimu,
Natijahnya nanti kau miliki,
Di taman abadi  indah berseri,
Kan temui.

Muslimah harapan punyai wawasan,
Muslimah sejati pekertinya tinggi.

Gandingan bersama kami pohonkan,
Didik generasi yang diidamkan,
Hadapilah

Di antara bintang kau bagai kejora,
Menerangi malam menyimbah ke bumi.

Untukmu muslimah inilah seruan,
Kau pikul amanah suci
Tekadkanlah hati,
Demi cita-cita,
Kau pikul amanah suci.


090411-10.43pm-the concept of thinking,critical thinking,tafsir almuyassar,alhujurat6,untukmumat,PPHQ,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP