.

Sebulan pertama di PLKN..

05 February 2011

   Sebulan berada di Kem Lagenda Seri Negeri sudah cukup untuk melumpuhkan 'Intelectual Quotient' dan 'Emotional Quotient' diriku. Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bagiku ada pro dan kontranya yang tersendiri. Puas sudah disogokkan dengan bicara mengenai betapa pentingnya remaja sebagai aset terpenting negara, aku juga semakin termakan kata-kata mereka. Ya, apa yang disampaikan itu benar tetapi tidak punya asas yang hakiki. Engkau fikir engkau mampu membina sebuah keamanan dan kemajuan yang hakiki dengan perpaduan rakyat berteraskan negara? Engkau silap. Asas perpaduan yang hakiki ialah aqidah. Hanya aqidah. 


    Aku pasti apa yang kau fikirkan ialah mana mungkin kesatuan itu dibina atas unsur perbezaan. Agama Islam,Kristian dan Buddha tak mungkin bersatu. Bangsa Melayu, Cina dan India juga tak mungkin bersatu. Kau lihat negara di sekitar kian membangun, kau jadi gelabah, apa yang memenuhi minda kau ialah ' Di mana titik persamaannya?'. Apa yang kau lihat dengan nyata ialah Kita Satu Malaysia. Lantas, engkau menyatukan rakyatmu dengan agenda retorik iaitu Satu Malaysia, bukan kerana namanya tetapi pelaksanaannya yang bertemakan eskapisme.



  Cukup!Cukup! Aku didera di sini. Memang aku tidak didera secara fizikal. Namun jiwaku terseksa. Mindaku dicemar dengan idealisme dunia. Mana tidaknya, engkau mengajarku supaya berbudi bahasa dan menghormati semua tanpa mengira siapa, sedang engkau memakai kain belah dan melarang pelajarmu memandang terlalu lama.


  Masih aku ingat ketika hari pertama bermulanya Modul Budaya Kerja iaitu selepas tamatnya Modul Pembinaan Karakter Kedua, pagi itu semua jurulatih dan pelatih PLKN diminta menyanyi dan menjiwai lagu tema bagi Modul BK. Lagu temanya ialah Gemuruh nyanyian Faizal Tahir. Ya, semua sangat bersemangat, nampak macam tak sabar nak bangunkan negara Malaysia tercinta. Sorakan dan teriakan pelatih membuatkan suasana berubah seperti berada dalam sebuah konsert. Aku cuba senyum untuk menyembunyikan rasa hati ini. Aku fikir orang sekelilingku nampak aku tak kisah, sedang hati memberontak untuk mengatakan 'Tidak'. Tiba-tiba datang seorang jurulatih bertanya, " Ni awat dok nangis ni, haa.. teringat kat mak ka makwe..?" . Kepalsuan dunia, sudah ramai yang tertipu olehnya. Serangan terhadap pemikiran ini cukup untuk membuatkan minda & jiwa insan berubah. Sesekali mengenangkan 'inikah generasi haraki?' , 'bagaimanakah perasaan Muhammad yang dirindui tatkala melihat umatnya'. Tidak, aku tak sanggup biarkan sahaja.


   Dalam kebuntuan, aku terkenang seorang sahabat seperjuangan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Suhail Anwaar b. Shafiai. Dia Setiausaha Badan Dakwah dan Rohani 2009-2010.  Aku masih ingat pesannya setelah dia menyertai Nadwah Kepimpinan Islam, " Kalau hang rasa hang berdepan dengan halangan, tukaq halangan tu jadi peluang macam mana Sultan Muhamad al-Fateh buat". Cukup bermakna pesan ini buat diriku.


   Aku mula mengorak langkah supaya jiwa-jiwa muda di sini tak lupa Penciptanya. 


1. Imam Solat Subuh, waktu paling mencabar dalam kelima-lima waktu solat. Untuk hari Jumaat, disunatkan membaca ayat sajadah. Maka seminggu sebelum melakukannya, aku menerangkan apa itu sujud sajadah dan demo sekali. 
Pernah suatu ketika aku diberi tugas di dalam Kompeni Alfa untuk menyediakan 'Metodologi' bagi perbentangan Kontrak Kita Janji(KKJ), aku memimpin 5 individu di bawah tugasan ini. Di akhir perbincangan, aku bertanya sama ada mereka ada apa-apa soalan untuk pembentangan ini. Seorang muslimah tiba-tiba bersuara, " Ha ada, sat.. sat nak pikiaq sat.. Bacaan sujud sajadah macam mana?".  Alhamdulillah, halangan sudahpun bertukar menjadi peluang.


2. Buat Usrah. Pada mulanya hanya dua orang yang datang mengajukan soalan berkaitan solat. Kemudian keesokannya, Jumaat malam, aku bertekad untuk wujudkan Usrah. Kali pertama buat sudahpun lebih sepuluh orang. Terasa betapa benarnya firman Allah dalam Surah Muhammad pada ayat 7 iaitu " Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu membantu agama Allah, Allah pasti membantu kamu dan meneguhkan lagi pendirian kamu".


3. Ajar baca al-Quran. Sememangnya menjadi suatu realiti umat kini ramai yang tidak tahu membaca al-Quran. Untuk usaha ini, dikendalikan oleh Ketua Pelajar SBPIKP, Hasif Mansor. Aku diminta memberi teguran jika ada yang tersalah dalam proses pengajaran. Segalanya proses menginsankan manusia ini dilakukan secara diam-diam.
Hasif ketika mengajar di sebuah bilik tertutup.
4. Memperkenalkan Islam kepada individu bukan Islam. Dalam blok penginapan, ada seorang Cina yang selalu datang ke katilku. Namanya Ho Zhi Yao. Kekadang dia datang baring-baring sebelah aku dan baca buku Sirah yang aku bawa iaitu Saat Gembira dan Sedih Muhammad S.A.W..


Ho Zhi Yao, mudah-mudahan kau beroleh hidayah.


  Setakat ini sahaja Titipan Kembara untuk cuti  Hari Raya Cina ini. Biar di mana kita berada Islam tetap dibawa. Satu perkara penting yang perlu diingatkan ialah 'Jika engkau merasakan engkau seorang muslim maka gerakkanlah Islam', aku melakukan semua usaha tersebut tanpa sebarang jawatan di sana hatta Mat Dobi. Engkau juga mampu lakukan, inilah masanya kita bertarung dengan keikhlasan hati. Sekian. Wassalam..  


     " Hidup sebagai mujahid, mati sebagai asSyahid"

11.07p.m.-5/2/2011(CutiRayaCina)

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP