.

"Cikgu! Saya dah lama maafkan.."

01 January 2011

   Sebermulanya perjuangan, engkaulah yang pertama mengajarku apa ertinya pengorbanan.Dulu aku melihatmu dengan jari putus sedikit, engkau berbicara penuh tekad dan keazaman, menuntut janji.Janji ALLAH yang satu, kemenangan Islam.  Tetapi ketika itu aku masih kecil, cuma suaramu yang padu ku rasakan ada makna yang lebih dari itu. Aku mula mendekatimu ketika umurku 12 tahun, setelah 2 tahun menjadi pemerhati setia Seminar Sainsmu. Pusat Tuisyen Jaya Ilmu(PUJI), bukan sekadar pusat tuisyen, malah pusat merencana dakwah yang mulia.Dalam usaha menginsankan manusia tanpa mengira agama, aku kau dekati. Sungguh aku menghormatimu sebagai sifu diriku. Aku hairan mengapa kau memilih diriku. Setiap kali tamat kelas, diriku kau peluk paling erat, sungguh mahabbah itu semakin menebal. 


  Di saat aku hendak memilih madrasah, engkau telah menganalisis dan mengesyorkan apa yang terbaik bagiku. Sekali lagi aku terharu pada usahamu yang jitu. Tempias kezuhudanmu membasahi jiwaku sehingga setiap kali aku ke pasar raya ketika itu, aku tidak berani mengangkat kepala takut terpandang sesuatu yang haram. Walaupun aku jauh di sempadan Malaysia-Thailand, akademikku sentiasa kau ambil tahu. Kau sering bertanyakan perkembanganku daripada ibu bapaku. Apabila aku di tingkatan 4, engkau berterus terang dan aku bersedia menerimanya kerana telah lama aku nantikan saat itu. 

  Malam itu sekitar jam 1pagi ketika aku sudah tingkatan 5, di kegelapan malam engkau hadir di rumahku setelah aku mengantuk menanti, tapi aku pasti engkau akan tiba. Kita keluar berbicara panjang demi ummah, umat Muhammad yang dirindui. Semalaman kita berjaga demi merancang pembangunan ummah. Aku lihat kau guna kereta bukan seperti biasa. Aku tertanya. Rupanya baru seminggu engkau kemalangan yang melibatkan pendarahan di bahagian muka. Agak parah. Subhanallah! Tingginya Ruhul Jihadmu. Aku lihat gambar yang kau tunjukkan. Masya-Allah! Bajumu berlumuran darah, memang agak parah. Malam itu engkau bentangkan segalanya yang rahsia, aku terima demi ummah, kerana Allah. 

  Tapi kini kau tinggalkan aku sendirian. Ya! Cikgu, Hamiduddin dah lama maafkan cikgu! Hamiduddin dah lama lupakan kesalahan cikgu! Kita di jalan yang sama, yang tak semua orang rasa kepahitan dan kesusahannya. Cikgu Nazir, Hamiduddin masih ingat apabila kita meletakkan sebelah kaki kita  di dalam penjara. Saya rela demi syiar Islam, cikgu. Demi kebaikan ummah, Hamiduddin sedia berkorban. Saya tahu apa yang cikgu aturkan kerana itu saya bersedia menerimanya. Janganlah kerana satu KESALAHAN itu, cikgu tak lagi sanggup berdepan dengan Hamiduddin. Cikgu Nazir, Hamiduddin ingat lagi yang cikgu nak 30 juzuk Kalamullah berada dalam jiwa Hamiduddin sebelum umur saya sampai 20 tahun. Ya! Kerana Allah Hamiduddin berusaha mencapainya walaupun kondisi dan suasana keluarga Hamidudin tak seberapa.
Cikgu Nazir, Hamiduddin rindu cikgu. Hamiduddin nak cikgu pandu Hamiduddin melalui ranjau yang penuh duri ni. Hamiduddin rindu pada ruhul jihad cikgu dalam membela Muhammad yang mulia.

Cikgu Nazir Desa, Hamiduddin dah lama maafkan ciikgu..

Saudara Badrul Sani
Saudara Badrul Sani ketika rapat umum.
   Hari ini aku melihat seorang lagi anak didikmu berjaya. Badrul Sani. Dia telah menjadi seorang Pembicara yang Gemilang. Aku lihat bagaimana anak didikmu itu memimpin rapat umum Palestin di Selangor beberapa bulan lalu.Aku lihat laman sesawangnya, www.badrulsani.com . Ternyata, memang kau pendidik yang ikhlas dalam perjuangan. 

   Cikgu, Hamiduddin dah lama maafkan cikgu. Hamiduddin sedia dengan apa jua risiko yang mendatang.Ya! Hamiduddin tak dapat nafikan, kadang kalanya Hamiduddin terasa sesuatu kekosongan setelah cikgu tinggalkan Hamiduddin.
Cikgu! Kitalah pembela agama. Hamiduddin sentiasa bersama cikgu walaupun dah lama ditinggalkan..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP