.

What U C is What U Get !

27 December 2010

Banyakkan minum air kosong untuk lapangkan fikiran
 Maaf kerana posting ini terkeluar daripada skop penghuraian hadis.

   Apa yg kau fikirkan sangat mempengaruhi hati. Justeru, jika ingin mengetahui bagaimanakah keadaan hatimu, periksalah keadaan fikiranmu- sama ada positif atau negatif. Hati itu merasa, akal pula berfikir. Fikir dan perasaan saling berhubungan, fikiran menentukan perasaan. Justeru untuk mengawal perasaan, terlebih dahulu kawallah fikiran.

  Jika hati atau perasaanmu ceria, insyaAllah itu petanda fikiranmu juga positif. Lalu tindakan-tindakan pun akan turut positif. Dan insyaAllah hanya selepas itu, tindakan-tindakan yang positif itu akan menghasilkan natijah yg produktif. Kata bijak pandai, kita adalah fikiran kita dan bukan apa yang kita fikirkan tentang kita.

   What you see is what you get-apa yang kita lihat ( cara kita memandang sesuatu kejadian, peristiwa atau perkara), itulah yang akan kita dapat. Maksud see di sini bukan memandang dgn mata, tetapi dgn pemikiran & perasaan. Jika pemikiran kita positif terhadap sst perkara, maka kita akn mendapat sst yg positif daripadanya. Tetapi jika kita melihatnya negatif, yg negatif akn kita dapat sebagai impaknnya.

    Betapa pentingnya berfikiiran positif, sehingga ia dijadikan prasyarat utk mendapat kejayaan dlm hidup. Maknanya  jika hendak berjaya, sentiasalah berfikiran positif sekalipun betapa buruknya keadaan yg kau hadapi. Jika kau bertanya bagaimana? Inilah jawapannya...



    Dlm psikologi, ada kaedah berfikir dan merasa yg dinamakan re-framing- yakni, memberi erti baru kpd sst yg negatif.  Ketika dibanjiri kerja rumah yg diberi guru misalnya, bukankah itu membebankan? Tetapi cubalah beri erti baru kepada yg kelihatan membebankn itu. Ya, mungkin kerana para guru itu sayangkan kita dan tidak mahu kita sia-siakan masa senggang yg ada. Begitulah juga ketika dibuang kerja sebagai contoh, bukankah itu sst yg buruk? Tetapi cubalah beri erti baru kpd yg kelihatan buruk itu. Ya, mungkin itu hanyalah satu peluang baru utk kita mencari pekerjaan yg lebih baik. Atau boleh jadi juga itu membuka kesempatan untuk kita melanjutkan pelajaran. Atau mungkin selama ini kerja tersebut menyebabkan kau kurang memberi tumpuan kpd keluarga, maka dgn diberhentikan menyebabkan kau berfikir utk mencari kerja lain yg lebih 'mesra' keluarga .

   Kaedah re-framing  bukan menafikan realiti, tetapi dgn kaedah itu kita akn dapat ketenangan hati dan kestabilan fikiran utk menyelesaikan pelbagai kemelut dlm kehidupan. Sering kali yg pahit itu menjadi ubat. Kita inginkan limau yg manis, tetapi jika dapat limau yg masam...mak buatlah air limau dgn menambahkan sedikit gula.

   Itu semua kaedah psikologi. Tetapi Islam punya kaedah yg lebih hebat daripada itu. Kita dianjurkan bersangka baik dan dilarang sama sekali berprasangka buruk-itu adalah satu dosa. Kita dididik utk mencari hikmah-yakni mencari sst yg lebih baik di sebalik tabir sst yg pd zahirnya kelihatan buruk.

   Kita juga dianjurkan utk berdoa-bukankah dlm doa kita pinta yg baik-baik dan pinta dijauhkan drpd yg buruk. Antara adab berdoa yg sangat penting ialah bersangka baik yg doa kita akan dimakbulkan oleh ALLAH. Jangan sekali-kali teragak-agak dlm berdoa. Bolak-balik hati perlu dikawal. Jangan ada rasa ragu adakah doa itu akan dimakbulkan atau tidak... tetapi katakan pada hati, insyaAllah doaku akan diperkenan.

   Maksudnya, jika kita bersangka baik,insyaAllah kebaikanlah yg akan diberikanNya kpd kita. Oleh itu senantiasalah bersangka baik dgn ALLAH, dgn diri sendiri dan dgn orang lain dlm semua situasi dan kondisi yg kita hadapi. Namun, bersangka baik tidak pula menafikan keperluan berhati-hati, berwaspada dan berjaga-jaga.

WALLAHU'ALAM...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP