.

Ma Rabbuka??Aina?

10 December 2010

    Assalamualaikum...sidang pembaca sekalian ,ana mahu mberitahu terlebih dahulu bahawa ana ini hanya pelajar tingkatan 2 .Ana menulis berdasarkan pengalaman dan agar Allah tanya nanti apa yang tlh ana buat di dunia utk agama Nya??,ana hanya blh sebarkn ini..Jika terdapat sebarang kesalahan sayogianya antum semua menegur ana .Sebelum antum teruskan membaca, ana minta 'Open our eyes,our minds,and our hearts!' serta Iqra bismirabbikallazi khalaq!
   
             Ma Rabbuka/ki???Aina ???Ana tak nampak apa-apa pun!Apa! Cari!       

              Macam mana ana nak jumpa Allah ? ohhh,kena mati dululah...         
               
Hah,teman-teman ikut sama ana kata dalam hati.
Allah Allahu Rabbuna 3x! Whatever happen Allah is our god!And anything happen are for good reasons because Allah is The Merciful!!!Walaupun kita tak nampak Allah tapi kita  yakin Allah itu wujud .
Allah berfirman yg bmaksud:''Katakanlah ,Sesungguhnya aku hanya menyembah Robku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya (Al-Jin :20)                dan


Wahai kawan-kawan dalam beragama ,janganlah kita mengambil mudah dengan tidak berusaha meningkatkan iman di dalam hati ini. Ingatlah bahawa Allah berkuasa membolak-balikkan hati kita.Janganlah kita menjadi muslim yang pak turut.  Org suruh sembahyang kita pun sembahyanglah,tak tahu pun itu kewajipan .Tak ada yang suruh tak buatlah jawabnya.Bukan kerna ayah dan ibu kita Islam, agama keturunan tetapi kerna Allah itu tuhan sekalian makhluk dan alam ini ,tiada tuhan selainNya dan tiada sesuatu pun yang serupa denganNya!

Teman-teman, ana nak kongsi saat2 yang ana tak boleh lupakan sampai bila2 pun.Pada bulan ramadhan yang lalu ana diuji Allah.Bg ana sudah sangat beratlah,kalau sakit tenat pun ni lebih lagi . Allah telah membuatkan ana ragu2 dengan Nya .Bulan Ramadhan kan syaitan tak da.Ana yakin sebenarnya tetapi macam Allah nak tarik ja hidayah tu.Sesak dada ana.Tak tau nak cerita macam mana keadaan ana.Air mata tak payah cakap.. Memang benarlah tiada yang lebih seksa daripada kufur kepadaNya!!! Ana berterusan berdoa : Ya Allah janganlah Engkau tarik akidah ini ,Engkau boleh tarik segala-galanya yang ku ada kecuali akidah Laila haillAllah! kerna ia adalah segala-galanya bagi aku..Ana rahsiakan walaupun betul2 terseksa kerna Allah kan jamin syurga jika kita rahsiakan musibah.
Selepas itu, baru ana sedar selalunya yang ana ungkapkan Allah akan uji.Ana ada nasihatkan seorang tu supaya kuatkan akidah.Ibrahnya-, jangan cakap aja ,kita kena lakukan sama.
                                                - mantapkan iman sentiasa
                                                -jangan tinggal doa yang sudah termaktub dalam Quran:
   Wahai Tuhan kami ,jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu.Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia( Surah Ali -Imran : 8)

Sebenarnya ana ada lagi hendak menulis ,nantikan  tajuk tentang ''Iman yang Ada'' untuk memantapkan pengetahuan tentang tauhid...Ingatlah kita ini hidup pada akhir zaman ,dan musuh kita yang nyata adalah syaitan mahu mengumpulkan pengikutnya seramai yang mungkin dan inilah zamanya.Renunglah firman Allah dalam Surah Sajadah :13:
''Dan (bagi menolak rayuan itu Allah berfirman ) : ''kalaulah Kami telah tetapkan persediaan memberi hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap2 seorang dengan ketiadaan usaha dari masing2)nescaya Kami berikan kepada tiap2 seorang akan hidayah petunjuknya,tetapi telah tetap hukuman seksa dari Ku : 'Demi sesungguhnya ! Aku akan memenuhiNeraka Jahannam dengan semua jin dan manusia ''
 Itulah sumber kekuatan kita. Setiap kali kita ditimpa ujian /musibah bisiklah pada diri antum smua dgn kalamullah seperti


Biar zaman berganti2
Asal iman yang ada tak pernah mati...


alFaqirah ilallah,
Nor Jannah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP