.

Allah pakai dua helai kain?

29 December 2010

Korban agama demi wang atau korban wang demi agama?
Sambungan daripada post Berpecah kerana hadis? dan "DemiMU Aku Berdusta!". Bagi yang baru membaca, anda disyorkan membaca kedua-dua artikel tersebut dahulu.


   Setelah diterangkan dari aspek politik yang menjadi faktor utama kemunculan hadis palsu ini, seterusnya penulis akan menerangkan dari aspek agama yang melibatkan permusuhan dan hasad terhadap Islam.Secara mudahnya penulis istilahkan sebagai faktor permusuhan agama.



    Faktor yang kedua disebabkan oleh musuh Islam lantaran dendam kesumat terhadap Islam yang tidak pernah padam akibat kekalahan mereka dalam siri peperangan menentang Islam. Kemuncak kepada ketewasan mereka ialah kemusnahan dua kuasa besar, iaitu kerajaan Rom di Barat dan Farsi di Timur yg dikuasai oleh Raja Qaysar dan Kisra.Pasti ada yang pernah dengar rasanya. Ini diikuti oleh kekalahan mereka dalam siri Perang Salib. Oleh sebab mereka gagal menghadapi Islam dengan kekuatan persenjataan, maka mereka mula beralih kepada serangan berbentuk mental dengan memburuk-burukkan Islam dan menimbulkan kekeliruan serta keraguan dalam kalangan umatnya.

  Antara caranya ialah mencipta hadis palsu yang memberikan gambaran negatif terhadap Islam. Golongan anti-Islam yang kerap mencipta hadis palsu ini lebih dikenali sebagai golongan Zindiq.  Hamad bin Zayd seorang ulama hadis terkenal mengatakan bahawa golongan Zindiq telah mencipta 14 ribu hadis palsu. Antaranya tokoh Zindiq yang paling banyak mereka hadis palsu ialah Abdul Karim bin Abu al-Awja'. Beliau pernah membuat pengakuan di hadapan Gabenor Basrah,Muhammad bin Sulayman bahawa beliau mencipta 400 hadis palsu yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.Antaranya

رأيت ربي يوم عرفة بعرفات على جمل أحمر عليه إراران
Maksudnya: Aku melihat Tuahanku pada hari Arafat di Padang Arafah menaiki seekor unta dengan memakai dua helai kain.

* Keyboard Jawi komputer penulis tidak mempunyai huruf 'zai' maka digunakan huruf 'ra', sebutan untuk dua helai kain ialah Izaran.


   Insya-Allah, jika ada kesempatan dan kemampuan, penulis akan cuba mengupas faktor taasub dan fanatik kepada kabilah,negeri dan pemimpin.Fanatik pada Allah adalah lebih layak berbanding fanatik terhadap negara dan organisasi. 1 Malaysia! Bukan,maaf tersilap, 1 UMMAH!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP