.

Berpecah kerana hadis?

22 December 2010



   Maaf sekiranya artikel kali ini tidak dapat difahami oleh semua peringkat umur. Namun atas dasar membela sunnah dan kesahihannya, perkara seumpama ini perlu sekali diberi penekanan. Jika ditanya kepada kita , ' Apa engkau cintakan Allah dan Rasul-Nya?'. Hampir setiap jiwa muslimin menyatakan 'YA!'. Tetapi realitinya apabila diminta berkorban demi Islam, majoritinya mengundur diri dan mematikan hati, sedang inilah tandanya nifaq(sifat kemunafikan) diri. Jadi hati-hati.


Sejarah Ringkas Kelahiran Hadis Maudhu'(Palsu)
Hadis mula dihafaz dan dicatat sejak zaman Rasulullah, sementara pembukuan hadis secara rasmi bermula pd awal abad pertama Hijrah, iaitu pd zaman Khalifah Umar Abdul Aziz(meninggal pd 101H). Antara faktor yg mndorong beliau mengambil inisiatif utk mengumpulkn semula seterusnya mmbukukan hadis ialah timbulnya hadis mawdhu' atau palsu. Namun sebenarnya kemunculan hadis palsu ini sebenarnya brmula lebih awal, iaitu setelah timbulnya fitnah yg pertama  dlm Islam pd zaman Khalifah Uthman Affan yg mmbawa kpd pembunuhannya. Ini diikuti dgn fitnah yg lebih besar antara Khalifah Ali bin Abi Talib dgn Gabenor Syam ketika itu, Muawiyah bin Abu Sufyan. Fitnah ini bukan sahaja mengakibatkn pmbunuhan Khalifah Ali malah juga menyebabkan perpecahan yg amat besar kpd umat Islam.




   Drpd sinilah mula timbulnya puak atau kelompok dlm Islam seperti puak Syiah, Khawarij, Muktazilah dan sebagainya. Masing-masing mendakwa mereka berada di pihak yg benar dan puak lain berada di pihak yg batil. Dlm mempertahankan  puak dan kumpulan masing-masing, maka sudah pasti mereka memerlukan hujah bagi menyokong pandangan dan pendapat mereka. Apabila mereka tidak menemui sebarang ayat al-Quran yg boleh menyokong pendapat masing-masing, mereka beralih kpd hadis. Namun, mereka gagal menemukan hadis yg boleh menyokong pendapat mereka. Selain mentakwilkan ayat al-Quran dan hadis,mereka juga mencipta hadis palsu utk menyokong pandangan mereka. Daripada inilah mulanya timbul hadis palsu, sedangkan sebelum timbulnya fitnah dlm Islam khususnya pd zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq dan Umar al-Khattab hadis masih lagi kekal bersih drpd sebarang unsur pemalsuan dan penyelewengan.


  Memang pd asalnya hadis maudhu' direka bagi tujuan meraih sokongan dan menegakkan hujah masing-masing serta memburuk-burukkan pihak lawan atau dgn kata lain didorong oleh faktor politik dan fanatik terhadap puak. Faktor ini mula timbul sebelum pertengahan abad Pertama Hijrah, iaitu sebelum timbulnya fitnah dalam Islam dan semakin berkembang pd abad kedua Hijrah setelah meningkatnya perkara bidaah dan khurafat. Ini menyebabkn timbulnya hadis palsu dlm pelbagai bentuk dan skop. Antaranya menceritakan kelebihan individu tertentu termasuk Khulafa ar-Rasyidin, mempertahankan kumpulan dan puak tertentu, sama ada berasaskan agama ataupun politik, bertujuan meraih keuntungan peribadi, malah atas nama kepentingan agama tetapi disebabkan kejahilan, mereka terbabas drpd landasan agama. Cara yg digunakan oleh golongan pemalsu hadis ini ialah sama ada dgn menciptanya sendiri, atau dgn mengambil kata-kata ulama atau hukama' dan disertakan sanad pada kata-kata tersebut. Cara-cara pemalsuan hadis ini seingat penulis ada diterangkan dlm  Mustalah al-Hadith oleh Mahmud al-Tahhan Taysir.

   Insya-Allah pd post yg berikutnya penulis akan cuba utk menerangkn secara lebih terperinci. Jika saudara dan saudari mempunyai maklumat tambahan, sila tinggalkan komen utk post ini. 

4 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 December 22, 2010 at 11:32 AM  

selepas wafatnya saidina uthman, berlaku nya perang jamal, tentera saidatina aisyah dan saidina ali, kerana mereka mengatakan saidina ali tidak ambil kisah pembunuhan saidina uthman, tiada niat untuk mencetuskan peperangan hakikatnya, cuma setelah pada malam itu ada serangan di tempat aisyah, dan aisyah rsakan itu serangan dari saidina ali, dan malam itu juga ada serangan di tempat saidina ali dan saidina ali mersakan itu adalah serangan dari saidatina aisyah akhirnya tercetuslah perang jamal dan kemenangan berpihak kepada saidina Ali. pengkhabaran ini sampai ke telinga muawiyah dan dia turut tidak berpuas hati dan akhirnya dia menyerang saidina ali di dalam peperangan yang dinamakan perang siffin.... akhirnya saidina Ali wafat.............

dan ketika itu sudah wujud golongan syiah dan apa yang berlaku di malaysia, penangkapan puak syiah, sungguh....kita tak sangka dan tak menyangka,,,,hakikat sebenar ketrampilan yang ditonjolkan di sebaliknya terselit fahaman dan fikrah yang berbeza...

umat islam ibarat buih di lautan... banyak...tp tak semestinya berguna, kadang2 ibarat tin kosong, pandai bercakap tetapi isi kosong....

Ad-din™ December 22, 2010 at 11:17 PM  

Dalam memastikan kesahihan serta kebenaran sesebuah sirah dan kisah sahabat, pengriwayatan asSunnah yang SAHIH adalah lebih jauh keutamaannya berbanding riwayat dan pendapat seorang Ulama. Ini kerana hadis yg sahih telah terjamin daripada kesilapan pengambilan sumber.

SeRiKaNDi_uMaR93 December 23, 2010 at 11:24 AM  

ya, sudah pasti, sebab apa yang ana diberitahu oleh ustaz2, kekadang tarikh islam yang dibelajar dipesongkan dari hakikat sebenar kebenarannya.. jadi untuk kita tahu kesahihannya, belajar, n belajar supaya kita tahu... itu gunanya belajar supaya kita tidak mudah ditipu...

Remind Me January 1, 2011 at 2:41 PM  

Perlu diingatkan..kebanyakan sejarah Islam yang kita pelajari bersumberkan kitab2 Syiah..

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP