.

"DemiMU Aku Berdusta!"

24 December 2010

Posting ini adalah sambungan daripada post yg bertajuk : Berpecah Kerana Hadis?

Taksub hanya pada Allah.Takjub hanya pada Allah. Fanatik hanya pada Allah. Apabila perasaan seperti ini dilabel pada sesuatu yang sementara, semua jadi huru-hara. Dalam perjuangan sekalipun, segala mujahadah pasti sia-sia jika dilaksanakan kerana organisasi, ibarat segenggam pasir yang digenggam sepanjang musafir biarpun tidak dibuka ia tetap gugur dari tangan kita.Beginilah juga HADIS PALSU. Mereka sanggup mendustakan baginda demi sahabat yang dicintai.


 FAKTOR POLITIK
Politik merupakan penyebab paling utama lahirnya hadis palsu. Fitnah yang pertama dlm Islam adalah pd zaman Khalifah Uthman yg menyebabkan lahirnya puak Syiah yg mndakwa sebagi penyokong Sayyidina Ali dan puak yg menyokong Muawiyah bin Abu Sufyan. Kemudian lahir pula puak Khawarij setelah berlakunya Perang Siffin  antara Sayyidina Ali dgn Muawiyah. Golongan Khawarij mendakwa kedua-dua pihak yang menyokong Sayyidina Ali dan Muawiyah adalah kafir, lalu mereka keluar daripada kedua-dua pihak. Perpecahan inilah yang menyebabkan lahirnya hadis palsu. Malah menurut Ibn Abi al-Hadid dlm kitabnya Syarh Nahj al-Balaghah, pemalsuan hadis, khususnya yg berkaitan dgn fadhail atau kelebihan seseorang bermula drpd puak Syiah. Walaupun pd mulanya mereka hanya mncipta hadis yg menyatakan kelebihan Ali dan Ahl al-Bayt, akhirnya mereka terdorong pula mencipta hadis yg menyatakan keburukan dan kebobrokan musuh mereka, khususnya Muawiyah dan sekutunya. Ibn al-Jawzi pula mengatakan bahawa walaupun hadis mengenai kelebihan Ali yg sahih sudah memadai, bagi puak Syiah atau Rafidah masih tidak memadai sehingga mendorong mereka mencipta lebih banyak hadis palsu mengenai kelebihan Ali r.a. Seorang ulama hadis terkenal, Amir al-Sya'bi, menyatakan bahawa tidak ada pendustaan yang paling banyak mengenai kelebihan seseorang melainkan pendustaan terhadap Ali r.a..

   Antara perkara yg paling utama diberi penekanan oleh golongan Syiah ialah kononnya Rasulullah SAW mewasiatkan Ali r.a. sebagai khalifah selepas baginda . Oleh sebab itu, kebanyakan hadis yg direka oleh golongan Syiah adalah mengenai wasiat ini. Antaranya:


وصيي وموضع سري وخليفتي في أهلي وخير من أخلف
بعدي علي
Maksudnya: Orang yang menerima wasiatku, penyimpan rahsiaku, khalifah kepada keluargaku dan sebaik-baik pengganti selepasku ialah Ali.


يا علي ! إن الله غفر لک ولذريتم ولو الديک ولأهلک ولشيعتک ولمجي شيعتک
Maksudnya: Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu dan dosa zuriatmu, dosa kedua-dua ibu bapamu, dosa keluargamu dan dosa para penyokong serta dosa mereka yang kasih kepada penyokongmu.


علي خير البشرمن شک کفر
Maksudnya: Ali sebaik-baik manusia, sesiapa yang meraguinya, maka kufurlah dia.

   Selain hadis palsu mengenai kelebihan dan keutamaan Ali, golongan Syiah juga mencipta hadis yg memburuk-burukkan orang yg dianggap musuh dan perampas hak Sayyidina Ali seperti Abu bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman, Muawiyah dan lain-lain. Sebagai tindak balas daripada penyokong Abu Bakar, Umar,Uthman,Muawiyah dan lain-lain, mereka juga mencipta beberapa hadis yg bukan sahaja menyatakan kelebihan masing-masing, malah mencela pihak lawan. Antaranya:


مافي الجنة إﻻ مکتوب على کل ورقة منها ﻻإله إﻻالله محمد رسول الله , أبوبکرالصديق وعمرالفروق وعثمان ذوالنورين
Maksudnya: Tidak ada sebatang pokok pun di syurga kecuali tertulis padanya kalimah(ﻻإله إﻻالله محمد رسول الله), Abu Bakar al-Siddiq, Uamar al-Raruq dan Uthman dhu al-Nurayn.

أبوبکر يلي أمتي بعدي
Maksudnya: Abu Bakar akan ememrintah umatku selepas aku.

 الأمناء ثلاثة أنا وجبريل ومعاوية
Maksudnya: Orang yg beramaanah ada tiga, iaiatu aku(Muhammad), Jibril dan Muawiyah.



Daulah Islam secara sepenuhnya hanya mampu ditegakkan jika kita bersatu!
    Penciptaan hadis palsu ini pd asalnya dicetuskan oleh golongan Syiah dan hanya melibatkan mereka yg memepunyai niat permusuhan dan fanataik kepada puak masing-masing, tetapi akhirnya melibatkan golongan yg mmpunyai niat yg baik dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Didorong oleh sifat kasih dan cinta mereka kepada para sahabat tanpa pengecualian, maka mereka mncipta beberapa hadis palsu yg menyatakan kelebihan dan keutamaan para sahabat tanpa membezakan sesiapa . Mereka menyangka niat yg baik itu mengharuskan mereka mencipta hadis palsu. Lebih malang lagi apabila nama Syiah atau Ahlu al-Bayt digunakan oleh musuh Islam bagi memburuk-burukkan lagi keadaan dan menambahkan lagi perpecahan dlm kalangan Islam.

     Sebagai kata pentahqiq, kemunculan puak Syiah bukan sahaja mnjadi pencetus kepada perpecahan umat Islam, tetapi juga sebagai pencetus kpd lahirnya hadis maudhu' . Ini berbeza dgn Khawarij ; walaupun Khawarij juaga tergolong dlm golongan yang sesat, setakat ini tidak ada bukti bahawa mereka terlibat dgn penciptaan hadis palsu.. Ini selaras dengan iktikad dan kepercayaan mereka bahawa sesiapa yg melakukan dosa besar terkeluar drpd Islam dan pada
mereka mencipta hadis palsu merupakan dosa besar.




2 comments:

Remind Me January 1, 2011 at 2:44 PM  

Seingat akulah, dalam peperangan Jamal, golongan yang mula-mula menyerang kem saidatina Aisyah ialah golongan Munafiq, bukan daripada kem saidina Ali sendiri..ni abang Muiz yang cerita kat kita masa usrah nuqaba' tingkatan 4 dulu..masihkah kau ingat??

Mohamad Hamiduddin Ismail January 1, 2011 at 8:04 PM  

Ya, ingat lagi. Kalau tak silap di sisi kiri musolla, kepada nuqaba' daripada muslimin dan muslimat, lepas solat asar. Ya, inilah apa yg sebenarnya terjadi. Bukannya apa yang diwara-warakan kpd masyarakat. Professor Dr. Yusof alQaradhawi pun ada mengisahkan tentang cerita ini dan disandarkan kepada sahabat yang boleh dipercayai. Syukran ingatkan ana.

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP