.

Semalam: Presiden, Tetapi Hari Ini...Mantan Presiden

17 November 2010

     "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman
       dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar…Maha Suci Allah yang telah memuliakan hambaNya kerana ketaatan dan menghina hambaNya kerana keingkaran dan kemungkaran yang dilaksana. Maha Benarlah firmanNya bahawa Dia berhak memberi kekuasaan kepada hambaNya dan begitulah sebaliknya.

Terasa bagai baru tadi sahaja ana melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden Badan Dakwah dan Rohani SBPIKP. Masya-Allah, sungguh cepat masa berlalu. Semalam ana Presiden, kini ana Mantan Presiden, seperti  abang Nasiruddin, abang Harithfadhilah dan abang Fuad. Subhanallah, hebatnya kekuasaan-Mu. Syukur kurasakan tak terhingga dengan kemuliaan yang dipinjamkan ini. 



************************************************************************************************************
12 November 2010, Jumaat

Dalam kesibukan mengulang kaji dan mengingat fakta, seorang daripada pelajar muslimin hadir menyampaikan sebuah pesanan daripada muslimat Tingkatan 1 rumah Saidina Ali. 

"Ha, awat ada apa?"

"Dak ni budak perempuan tingkatan1 rumah Ali, depa suruh saya habaq dekat abg satu benda"

"Satu benda, benda pon boleh habaq ka,hmm...enta mai sini, ha benda apa?"

"Depa kata rindu suara abg, lama sangat dah abng x buat perjumpaan Syabab1Ummah dan Nisa'1Syahadah"

"Ya Allah... bukan abang x mau buat tapi byk benda lg abang kena study"

"Depa kata kalau takdan buat ijtimak buat kali terakhir pon, abang bagi tazkirah kat depan pon jadilah"

Serba salah dan bungkam.Sebak juga sesekali.  Manakah yang lebih utama? Aku menilai berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat.Sebuah kitab fikah yang dikarang oleh seorang ulama' muktabar, Dr. Yusof alQaradhawi.Menjadi panduan buat para pejuang haraki dalam bertindak.Juga berdasarkan Fiqh Muwazanat. Ulangkaji atau Ijtimak Syabab1Ummah Nisa'1Syahadah. Jawapannya:

"Emm... tengoklah dulu macam mana",sedang dalam minda kuat mengatakan, ulangkaji lebih utama kerna aku membawa imej kepada Islam.

************************************************************************************************************
13 November 2010

“Abang ,saya nak mintak dua benda saja sebelum abang keluaq sekolah”,pinta seorang pelajar muslimin tingkatan 2 pada malam 13November yang lalu, Sabtu. Malam itu berlangsungnya Salam Mahabbah Perdana di madrasah, ramai insan tangis, ana tidak.

“Enta nak mintak benda apa? Kalau abg mampu dan sempat, abg tunaikan…Habaqlah.”

“Pertama, saya nak peluk Abg Hamiduddin buat terakhir kali. Sekali saja.”dengan tangis membasahi baju Melayu birunya, dia meminta-minta sambil jari telunjuk kanan dihulur ke arahku memberi erti 'sekali saja' .

Aku tak benarkan. Aku halang. Aku sedih . Ya! Aku kecewa. Aku telah gagal. Aku mahu mereka berdikari agar mereka boleh survive dalam realiti ummah akhir zaman-penuh cabaran dan dugaan . Mereka masih lemah semangat jihadnya. Aku mahu ruhul jihad mereka berkobar-kobar tanpa perlu dibakar.

"Jgnlah macam ni, perjuangan masih panjang, x payah nak sedih-sedih. Abg x suka tengok lemah-lemah macam ni. Ha.. habaqlah yang kedua apa dia?",bernada keras sambil menghalang dan bertanya. 

"Abg... saya rasa Abg... saya nak panggil abg Amirul Mukminin boleh dak?"

"Haih, apa ni abg x layak untuk terima gelaran tu, jangan dok panggil Abg mcm tu!"

************************************************************************************************************
   Alhamdulillah, tempoh amanah itu kini sudah tamat, namun bukan bererti amanah itu telah sempurna.Terasa diri terlalu hina. Masih jahil dan dhoif. 'Amirul Mukminin', sebuah gelaran kepada jiwa yang menjadi qudwahku selepas Muhammad yang dirindui, Umar al-Khattab Radhiallahu'anhu . Sama sekali tidak layak untuk diri yang hina ini menerimanya. Perjuangan itu suatu yang panjang dan penuh ranjau. Namun di akhirnya nanti pasti manis jika kita istiqamah dan beriltizam melaksanakanya.

Ingat! Wahai adik-adik serta mereka yang berada pada jalan ini!

Perjuangan itu sebuah musafir,    
Sebuah perjalanan,
Seorang musafir tidak boleh berehat lama-lama,
Jika tidak, kita mungkin tidak sampai ke destinasi,
Destinasi kita destinasi hakiki,
Maka usah gusar dengan apa yang kita hadapi,
Biar apa yang terjadi,
Di akhir nanti pasti adanya sinar,
Kerana,
Yang benar itu tetap benar.

Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 36, memberikan kita peringatan,
"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."

Jika gusar atau ragu, ingat janji Tuhan-Mu dalam Surah Muhammad, ayat 7,
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

Hanya dengan alQuran dan asSunnah dapat kita tegakkan Islam. Jadi dalam mencontohi Muhammad S.A.W. perlulah ada disiplin yang tinggi. Berhati-hati menyampaikan hadis dan menghuraikannya. Jua dalam ibadahmu, yang terbaik adalah sebagaimana yang tercatat dalam sunnah yang sahih. Sebagai seorang pejuang Islam,mujahid, tidak sewajarnya kita mengabaikan Qiyamullail kerana inilah antara kekuatan paling utama kita.Akhir kalam, cubalah hayati, fahami sebuah lirik nasyid 'Kita Hamba', oleh Raihan daripada album Syukur. Moga dapat dikoreksi kesilapan diri.
Kita Hamba

Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba

Sedang Tuhan tak pernah lupa untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Bangunlah di tengah malam untuk menunaikan merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Selamat bermujahadah.Wallahu'alam.   

3 comments:

MUHAMMAD IQBAL BIN SAMSUDIN.. November 18, 2010 at 11:35 AM  

ralat bahasa: seorang muslimin..
yang betul: seorang muslim.

Ad-din™ November 18, 2010 at 3:53 PM  

syukran, insyaAllah... ana betulkan, IQBAL, SPM akan menjelaskan segalanya.....

Remind Me November 19, 2010 at 7:58 PM  

kekadang kita dengki mendengki sesama sendiri tanpa disedari...
kita sangkakan perjuangan kita sudah beada di jalan yang betul..
kita berdebat untuk menunjukkan kehebatan diri..
kita rasa hebat bila mampu mematahkan hujah orang lain meskipun kita sedar kita hanya menegakkan benang yang basah...
hai hamiduddin dan iqbal...
sekadar tumpang lalu semata2...
pergi dulu

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP