.

Putih Hati Angsa Dek Hitam Hati Manusia

29 October 2010

   Ada kalanya insan itu fikir hidup ini hanyalah interaksi antara Allah dan manusia, kerna itu selainnya, terus diabaikan. Mereka alpa, lupa bahawa Allah tidak menjadikan alam ini terisi manusia sahaja, namun diisi juga dengan haiwan,tumbuhan, serta beberapa spesis makhluk lain. Namun, manusialah menjadi khalifah(ketua), memimpin dan memelihara ciptaanNya. Namun, dalam hati khalifah itu ada seketul daging yang bernama hati. Apabila rosak seketul daging itu, pasti bencana tercipta.
Foto-foto ini menceritakan nasib beberapa ekor angsa daripada jutaan lagi yang terseksa:-


Image
Itik dan angsa diberi makan secara paksa.

Image
Hingga menimbulkan cedera.

Image
Ada yang mati tak tertanggung sengsara bersama makanan derita
yang disumbat ke kerongkong tanpa rela.

Image
Hanya untuk mendapatkan hati angsa yang putih warna.

Image
Agar terhidang makanan mahal harga
dan terlampias nafsu makan sang srigala berwajah manusia.

Lengkaplah sudah kapitalisme
melakar suratan dunia sejahtera
menjadi lukisan neraka
bukan sahaja manusia
haiwan juga menatap duka warna.

Goose Foie Gras
itulah hati angsa
yang kegemukan sengsara
kerana mahal harga
membusung saku penternak haloba.

Telah hitam hati mereka
oleh pemahaman keliru
erti B A H A G I A.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP