.

Masih berkatkah perjuangan ini?

31 October 2010


 Wujudkah ikhtilat dalam Internet? Adakah aku melakukannya? Berkatkah perjuangan ini?
   Pernah dulu sahabat itu menyatakan dia mahu meninggalkan.Tetapi diri inilah paling keras membantah. Mengapa tidak digenggam seerat-eratnya perjuangan ini. Hanya sementara hayat di sini sahaja, bukan lama. Dia sudahpun melalui perkara itu, terasa mahu meninggalkan perjuangan.

   Kini, aku pula merasa. Tetapi sedikit berbeza, kerana puncanya berbeza barang kali. Aku jahil. Aku hina dan dhoif. Hanya menerangkan : Fiqh alAwlawiyyat,fiqh muwazanat,maqasid syariah, ulum hadis, mengatur strategi untuk jangka masa 5 tahun akan datang dan beberapa usaha yang tidak seberapa; mereka sangka aku seorang ‘alim’, ‘hebat’ katanya. Ahh! Aku masih jahil. Berapa kali harus aku tegaskan, aku masih jahil. Usahaku ini hanyalah apa sangat. Aku cuba untuk mencintai Allah setiap masa, setiap ketika, di mana-mana. Tapi, ketika berjuang, aku tersentak. Tersentak dengan semangatnya, keberaniannya, ketegasannya dan tsaqafahnya(pemikiran). Lantas hati jadi keliru. Antara dua cinta. Mungkin lirik daripada 3 buah nasyid The Zikr ini dapat menjelaskan; Antara 2 Cinta, Wahai Kekasih(Kaulah Segalanya), Air Mata Keinsafan.



1.Antara 2 Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh



2.Wahai kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Tapi terus tetap bersabar
Kerana ikatan janji

Menunggu dengan rindunya
Seksanya sebuah penantian
Mujur janji Allah tetap benar
Pasti nanti tetap kau kan tiba

Hadir segera wahai kekasih
Datang bersama cahaya
Gembira di hati tidak terkira
Bukanku seorang malah seluruh buana

Penantian hampir berakhir
Kerana kini sudah masanya
Bila saja kita berjumpa
Pasti Islam agung semula




3. Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

3 comments:

Remind Me November 16, 2010 at 3:05 AM  

jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan..
segala bisikan yang menjurus kearah meninggalkan perjuangan kelak akan membawa binasa kepada pemikiran.. pesan hanya daripada seorang rakan, yg mahu saudara terus melangkah ke hadapan.. gunakanlah ilmu yang ada untuk menilai perjuangan..ilmu bukan hanya untuk disampaikan malah untuk diamalkan dan dihayati oleh kita

Ad-din™ November 16, 2010 at 8:34 PM  

Syukran... biasanya apabila diri terasa lemah, akan diatasi dengan tindakan dan amal islami, tetapi akhir2 ini ana dibelenggu dengan keterbatasan masa dan asa yang menjadikan diri sedikit berubah kerna terasa diri tidak banyak usaha menegakkan islam,sekali lagi syukran.Jazakallah

MUHAMMAD IQBAL BIN SAMSUDIN.. November 18, 2010 at 11:47 AM  

satu ujian yang berlukan daya kerahan mujahadah untuk keluar darinya,,
sungguh sukar bagi yang sememangnya tidak mahu keluar dari situ dan sukar juga buat insan yang sangat tipis imannya..

p/s: cantik gambaq kat atas tu,, sapa tangkap tak tau...

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP