.

INTEAM & UNIQUE- Nur Muhammad[2010]

31 October 2010

Gabungan INTEAM dan UNIQUE


UNIQUE

Sejak sedekad lalu, irama nasyid kurang mendapat tempat dalam industri muzik tanah air. Malah stesen radio juga jarang memutarkan lagu-lagu genre ini. Jika ada pun hanya satu dua sahaja stesen yang bersungguh-sungguh memutarkannya dan yang selebihnya hanya memainkan lagu-lagu itu di waktu antara sebelum dan selepas azan.


Namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat pejuang irama nasyid yang sedia ada di negara ini untuk menerbitkan album baru. Selain Rabbani, beberapa lagi kumpulan nasyid seperti Inteam dan Unique (dulu Unic) tampil bekerjasama untuk menerbitkan album baru bagi mengisi kerohanian masyarakat yang semakin tandus.

Muncul dengan ‘Nur Muhammad’ sempena Maulidur Rasul, album yang menampilkan gabungan vokal dua kumpulan nasyid popular ini mengandungi 13 trek terdiri daripada 10 alunan lagu selawat dan tiga qasidah yang pastinya cukup berbekas di hati bila mendengarnya. Antara selawat yang terkandung dalam album ini ialah Nur Muhammad, Salamun Salam 2, Binanabil Huda, Medley Selawat, Tholama, Selawat Kasih dan Rabiul Awwal.

“Untuk lagu ini, kami mengambil sedikit masa mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Ketika proses rakaman, kami ada memanggil juru bahasa untuk memantau sebutan itu. Walaupun ia tidaklah sejelas mana, namun itulah yang terbaik dapat kami lakukan,” kata Muhammad Huzamin Harun, mewakili kumpulan Inteam, yang ditemui ketika pelancaran album tersebut di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ALBUM [NUR MUHAMMAD]

INTEAM & UNIQUE

Menyentuh kandungan lagu-lagu dalam album tersebut yang lebih kepada selawat dan qasidah, Huzamin berkata, bukannya mereka tidak mahu menghasilkan lagu-lagu baru nasyid, tetapi permintaan lebih kepada genre tersebut.

Bagi Bazli Hazwan Che Osman yang mewakili kumpulan Unique, album itu merupakan permulaan yang baik bagi kumpulannya yang baru sahaja menjalani penjenamaan semula selepas tamat kontrak bersama Hijjaz pada tahun lalu.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Inteam dan sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun. Ini merupakan projek pertama kami bersama Inteam dan setelah perbincangan dibuat, kami bersetuju untuk bekerjasama dalam album ini,” katanya yang kini menerajui Unique bersama dua ahli, Ahmad Fadzli Abdul Aziz dan Fakhrul Radhi Khamaruddin.

Bagi tujuan promosi, Unique turut menganjurkan satu peraduan yang menawarkan hadiah utama berupa pakej kembara bersama Unique ke Beijing. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan tersebut, dapatkan album ini di pasaran.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP