.

Perhatian!: Jemaah BADAR™ !

16 September 2010

   Assalamualykoum... Ana harap semua masih istiqamah dengan perjuangan. Insya-Allah, segalanya terasa mudah kalau kita benar-benar ikhlas untuk Islam. Pada hari Ahad,  5 September yang lalu, ana ada singgah di Maktabah Affendy, sebuah kedai yang baru saja bertapak di kawasan Padang Serai ni. Tanpa dirancang, terasa nak bagi komen-komen yang korektif untuk kedai buku ni. Secara spontan, anapun luahkanlah cadangan-cadangan ana dan dengan mudahnya dia menerima, sedangkan tak pernah kenalpun, bermula dari 8.15pagi hinggalah sekitar jam 10.50 pagi.  (.")



   Semasa berbincang mengenai penambahbaikan maktabah ni, ana ada tanya macam mana nak tubuh akaun organisasi. Akhi empunya maktabah tu tanya ana, " Nak buat atas akaun koperasi ka akaun semasa?" . Ana jawab akaun semasa setelah diterangkan perbezaan akaun koperasi dan akaun semasa. Jadi Akhi Azwan Affendy ni terus menerangkan prosedur-prosedur untuk tubuhkan akaun organisasi, untuk mewujudkan akaun ni apa yang diperlukan ialah 1. Laporan Mesyuarat Agong( senang kata mesyuarat yang memutuskan utk tubuh akaun ) , 2. Satu resolusi yang disahkan guru penasihat dan 3. Tiga orang, tak kira individu mana-manapun tak ada masalah, tujuannya: tanda tangan yang memberi kuasa kepada mana-mana dua orang dari ketiga-tiga penanda tangan untuk tandatangan cek.


Untuk resolusi, ana sudahpun menyiapkan satu contoh untuk rujukan semua, 


Boleh download melaui link ni : http://www.mediafire.com/?68vztr226ilpr
Ana sediakan dalam dua format 1. Microsoft Word 2003
                                                         2. Microsoft Word 2007 dan ke atas


Kalau tak boleh buka fail atau berlaku sebarang kecacatan , ana harap boleh segera maklumkan kepada ana. Sekian, assalamualykoum...
   

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP