.

MEMBURU SYAHID:1: "Tidak! Aku memang lemah..."

09 August 2010


Bab 1: Tidak! “Aku memang lemah…”


"Mahajana hari ini terlalu lemah lantaran kebejatan tsaqafah golongan anum yang yang mengabaikan paradigma yang analitikal dan kritikal"

"Pendidikan ialah wahana transformasi tsaqafah mahajana yang paling pragmatik"

 Alhamdulillah, Allah masih lagi beri lapangan buat diriku dan diri kalian untuk terus memburu syahid. Kadangkalanya, iman kita membuak sehinggakan terpercik mengenai sesiapa sahaja yang hampir dengan kita, namun kerap kali juga iman kita goyah, lalu kita bina semula dengan simen dan konkrit keinsafan, kemudian roboh pula dan terus rebah menyembah bumi. Saat itu, iman dan taqwa kitalah yang menjadi jentera, bahtera perubahan untuk kita terus belayar ke daerah yang lebih selamat dan membina semula kekuatan sanubari.

" Buat adik-adikku yang sangat aku bimbangi, Hanif, Nur Amnan Amin dan Auni, ingat antoum semua masih ada ruang masa dan asa yang lebih luas berbanding Abang, antoum ada banyak masa lagi nak bawa perubahan di Madrasah. Islam perlukan antoum! Ya! Islam perlukan kita!"

                                 Jiwa yang gersang perlu disimbah iman agar tidak kering, merekah.

Sememangnya menjadi lumrah sembari fitrah, setiap yang bergelar insan, melalui fasa-fasa ini, merasai betapa manisnya iman(halawatul iman) dan dalam diam-diam, berganti resah dan gelisah yang menjadi noktah penegas yang menyentak minda kita bahawa " Aku telah terludah halwa iman dari mulutku! ".

 Ketika itu, sudah pastinya kita memerlukan seseorang yang dapat membimbing kita, memimpin kita melepasi kabus tebal yang mengelirukan minda, yang masih belajar apa itu jihad, syahid, susah itu nikmat, senang itu dugaan dan banyak lagi perkara yang mematangkan kita. Maka pilihlah pembimbimbing yang terbaik.

 Tak syak lagi! Islamlah pembimbing yang terbaik. Allah adalah satu-satunya sumber kebergantungan dalam hidup kita. Untuk mentaqarrub(mendekatkan) diri kepada Allah memfaqihkan (memahami) diri akan 'Apa ertinya aku menganut Islam?" , sudah pastinya kita memerlukan seseorang sebagai wasilah untuk melaksanakan cita murni ini dan sebaik-baik
pembimbing kita adalah insan yang memahami agama serta mudah untuk dibawa bicara.

1 comments:

Ad-din™ August 11, 2010 at 10:48 AM  

insyaAllah,'MEMBURU SYAHID' akan cuba dibukukan apabila lengkap semua bab, Cover buku ni sudahpun disiapkan...lepas SPM sempat la..

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP