.

Kenapa Allah tak terima doa ini?

10 July 2010

    Doa-doa yang kita pohon tidak semuanya akan dimakbulkan oleh Allah Azza Wa Jalla. Ada doa yang dimakbulkan sewaktu kita masih hidup di dunia dan ada doa yang dimakbulkan di akhirat nanti . Segalanya di bawah kekuasaan Allah S.W.T yang tidak dapat kita dalami kerana hanya Dia yang mengetahui sebab musababnya.

Perkara yang seyugianya kita lakukan apabila doa yang kita pohon setiap ketika tidak juga dimakbulkan Allah ialah melakukan refleksi kendiri. Apakah perkara yang menghalang doa kita daripada diperkenan oleh Allah?


    Penghalang yang paling jelas ialah dosa, dosalah yang menjadi penghalang doa kita diperkenankan. doa yang tidak di makbulkan adalah ibarat balasan daripada dosa yang kita lakukan sebelum ini. Cuba saudara saudari fikirkan sejenak, makanan,minuman dan pakaian serta kesenangan yang dimiliki sekarang, adakah sumbernya halal atau haram?


  Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:" Seorang lelaki yang bermusafir, rabutnya kusut-masai dan tidak kemas, wajahnya berdebu dan dia mengangkat kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa, 'Ya Allah,Ya Tuhanku...', tetapi makananya daripada sumber yang haram,minumannya daripada sumberyang haram, pakaiannya daripada sumber yang haram dan diberi makanan yang haram. Bagaimanakah doanya hendak dimakbulkan ?

                                                                                   (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

    Ternytalah bahawa ada sebabnya mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Sebagai manusia yng lemah lagi hina, bersabarlah dalam berusaha, bertawakal dan berdoalah kerana itulah kekuatan seorang mukmin mahupun mukminah. Jangan berharap doa kita dimakbulkan dengan cepat sedangkan kita ialah manusia yang lemah dan sering melakukan kesilapan.

   Terburu-buru dan mengharapkan doa yang dipohon dimakbulkan dengan segera adalah antara faktor mengapa doa ditolak, tidak dimakbulkan.


   Kerana memperkenankan doa ialah hak Allah maka istiqamah dan bersabarlah melaksanakannya. Begitu juga seandainya doa yang dipohon tidak dimakbulkan walaupun telah berdoa berkali-kali, jangan berhenti daripada terus berdoa.


   Selain dosa, faktor lain yang menyebabkan doa kita tidak diterima adalah memutuskan hubungan silaturrahim. 

   Hal ini pernah dikhabarkan dalam sabda Rasulullah S.A.W., mafhumnya:

" Doa seseorang hamba akan dimakbulkan selagi dia tidak berdoa untuk perkara yang tidak baik seperti memutuskan hubungan silaturrahim dan tidak tergesa-gesa"
                                                                                (HR Muslim daripada Abu Hurairah)

   Intihanya, berdoalah dengan ikhlas dan jujurlah dalam setiap kalimah yang lahir dalam munajat kalian, wahai para mujahideen dan mujahidaat. InsyaAllah ,  Allah pasti bersama kita, "Let's Bring Back The Glory of The Past"...


  

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP