.

"Macam ni kira dah tutup la..!"

24 July 2010




Bismillahirahmanirrahim, baru-baru ini ada lagi persoalan yang diketengahkan, walaupun persoalan ini bukanlah sesuatu yang baru, namun hakikat kepada persoalan ini masih belum dapat diterima arus perdana...

Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?


Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..

Read more...

Cinta ...Tidak Harus Dimiliki

23 July 2010

Kisah 1:
Lelaki ini adalah 'think tank' di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih...tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci...pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Read more...

Kenapa Allah tak terima doa ini?

10 July 2010

    Doa-doa yang kita pohon tidak semuanya akan dimakbulkan oleh Allah Azza Wa Jalla. Ada doa yang dimakbulkan sewaktu kita masih hidup di dunia dan ada doa yang dimakbulkan di akhirat nanti . Segalanya di bawah kekuasaan Allah S.W.T yang tidak dapat kita dalami kerana hanya Dia yang mengetahui sebab musababnya.

Perkara yang seyugianya kita lakukan apabila doa yang kita pohon setiap ketika tidak juga dimakbulkan Allah ialah melakukan refleksi kendiri. Apakah perkara yang menghalang doa kita daripada diperkenan oleh Allah?

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP