Kejohanan Sepak Takraw Anjuran BADAR SBPIKP
05 June 2010
Baru-baru ini BADAR SBPIKP telah menganjurkan perlawanan sepak takraw yang telah di sertai sebanyak 16 buah pasukan. Satu pasukan dianggotai seramai 3 orang pemain. Alhamdulillah, kejohanan ini diuruskan oleh Ketua Lajnah Riadah dan Tugas-tugas khas, Muhammad Nur Amsyar Bin Shaari@ Md. Noh dengan lancar sekali. Pemenang tempat pertama telah mendapat hamper bernilai RM20 beserta sijil dan tempat kedua pula hamper bernilai RM15 beserta sijil manakala tempat ketiga mendapat hamper bernilai RM10 beserta sijil. Setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini diberikan nama para sahabat-sahabat nabi kerana disamping kita beriadah mengikut acuan Islam, kita juga dapat mendedahkan pada para pelajar nama para sahabat Nabi yang kian dilupakan kini.
Gambar: Lajnah Penerbitan Dan Multimedia
0 comments:
Post a Comment