Okey, aku akan tolong kalian membebaskan minda dan hati anda. Tetapi dengan satu syarat sahaja. Ya, hanya satu syarat. Dan syaratnya adalah: Bukalah mata hati anda.

Ini hanyalah sedikit pengembaraan ilmu. Aku tidaklah menyuruh kalian untuk mempercayai apa yang aku tulis di sini 100% tetapi aku amatlah berharap agar kalian membuka mata hati anda untuk berfikir. Berfikir bukanlah hanya dengan akal tetapi mestilah disertai dengan hati juga untuk pemahaman dan pengamatan.

Anda pernah menonton filem Avatar yang diarah oleh James Cameron? Filem tu memang menarik dengan grafiknya, plotnya dan pelakon-pelakon yang mantap. Sekali aku menonton filem itu, amatlah sukar untuk aku mencari mesej yang tersurat di dalam filem itu. Ya, sangat sukar! Ternyata sungguh licik. Mungkin kerana James Cameron merupakan seorang ahli Freemason peringkat 33 (peringkat tertinggi sekali!). Tetapi setelah banyak berfikir dan menonton sebuah video mengenai elemen-elemen pemujaan syaitan di Youtube, aku terjumpa sesuatu. Terkejut juga aku. Semuanya ada di hadapan mata kita cuma kita yang tidak sedar.



Perhatikan poster Avatar di atas ini. Adakah anda terperasan sesuatu? Kalau tidak, tidak mengapa. Aku ada satu lagi gambar supaya anda dapat melihat kaitannya antara sesuatu dengan sesuatu yang lainnya.



Anda sudah melihat kaitannya sekarang? Mata satu yang memerhati... The All-Seeing Eye yang juga merupakan simbolik Dajjal! Ini bukan kebetulan ya. Lihatlah semua poster promosi Avatar. Semuanya ada mata satu.



Dalam filem ini, manusia menggunakan sebuah badan gabungan DNA spesies Na'vi dan manusia yang dinamakan sebagai Avatar. Dengan menggunakan Avatar ini, bolehlah manusia itu menyeludup ke dalam perkampungan Na'vi dan mempelajari budaya mereka agar ilmu yang diperoleh boleh digunakan untuk memanipulasikan puak Na'vi demi mendapat unsur ubtonian untuk menjana tenaga di Bumi.

Pendapat aku begini pula. Pihak Zionis ada yang berpura-pura beriman sedangkan pada hakikatnya mereka kufur. Maka orang-orang munafik ini menyeludup masuk ke dalam kehidupan orang-orang Islam dan mempelajari budaya-budaya kita agar boleh memanipulasikan kita untuk mengikuti telunjuk mereka. Tentera Amerika menakluki Tanah Arab kerana tenaga yakni minyak. Adakah anda melihat kaitan antara filem Avatar dan kejadian yang berlaku di alam realiti? Filem-filem seperti Avatar ini sebenarnya adalah metafora terhadap perancangan Illuminati dan Freemason serta pemuja-pemuja syaitan dan dajjal kita.

Anda masih ragu-ragu mengenai konsep pemujaan syaitan di dalam filem Avatar ini? Marilah aku tunjukkan sebuah gambar kepada anda.



Adakah anda nampak sesuatu sepertimana apa yang aku nampak? Atau anda masih tak dapat nampaknya? Lihatlah gambar-gambar yang berikut.



Bukankah logo pentagram (simbol syaitan) dan Freemason (logo ini diterbalikkan agar anda dapat melihat dengan jelas) ini terdapat persamaannya dengan cat badan di dahi dan hidung Na'vi yang berada di sebelah kanan itu? Lihatlah dahi dan hidung Na'vi ini secara dekat.



Terdapat satu lagi gambar untuk tatapan anda.



Menarik, bukan? Adakah semua ini kebetulan? Memang terdapat banyak kebarangkalian tetapi semua penemuan ini seolah-olah menunjukkan bahawa ini bukanlah kebarangkalian tetapi merupakan sesuatu yang telah dirancang.

Setakat inilah penulisan aku untuk hari ini. InsyaAllah apabila aku mendapat lagi inspirasi daripada konpirasi ini, aku akan memuatkan artikel-artikel baru ke dalam blog aku ini. Moga-moga kita semua selamat daripada fitnah Dajjal ini. Amiin.

Renungkanlah hadith ini.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Wallahua'lam bissowab.