.

SPM 2009 : SBPI KUBANG PASU TERBAIK KEDAH

14 March 2010

Ceria 34 orang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat semua 'A' dalam peperiksaan SPM 2009


9 sekolah terbaik SPM Kedah

ALOR SETAR - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Sekolah Menengah (SM) Sultan Abdul Halim, SMK Sultan Badlishah, SM Sains Pokok Sena, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, SMK Ibrahim, SMK Keat Hwa dan SMK Agama Sik antara sembilan sekolah seluruh Kedah yang mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (PGPK) antara 0.0 hingga 3.0 yang diumumkan semalam.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata, pencapaian Gred Purata Keseluruhan bagi negeri Kedah pada tahun lalu meningkat sebanyak 0.1 iaitu 5.560 berbanding 5.663 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, daripada 35,360 calon menduduki peperiksaan itu, seramai sembilan calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Seramai 408 calon iaitu 1.33 peratus berjaya memperoleh Gred Cemerlang iaitu gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM.

“Sebanyak 55 mata pelajaran mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding 49 mata pelajaran pada 2008 dan sebanyak 25 mata pelajaran telah meningkat prestasi pencapaian pada tahun 2009,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam.

Mulai tahun ini, pencapaian pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2009 dilaporkan menggunakan penggredan baru iaitu A+, A, A-, B+, B, C+,C, D, E dan G. 

Sumber: Sinar Harian



Dan, senarai penuh bagi 10 pelajar terbaik SPM 2009 adalah seperti berikut :
  1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)
Dan ini pula, senarai & ranking 10 sekolah terbaik bagi SPM 2009 :
  1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)
Kepada pelajar atau bekas pelajar MRSM mesti nak tau senarai & ranking MRSM terbaik keputusan SPM 2009 dan ini kedudukannya :
  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
  3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
  4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
  5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah

WALLAHUA'LAM

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP