Mencari Jalan Pulang
21 March 2012
بسم الله الرحمان الرحيم
Segala puji selayaknya kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. |
Ketika sahabat-sahabat sekampus sudah bercuti dan pulang ke kampung
halaman hampir seminggu lebih, Musafir masih di kampus bersama tugasan
dan amanah terhadap mahasiswa-mahasiswa di sini. Mungkin kerana sudah
terbiasa dengan rutin kehidupan sebegini sejak di bangku sekolah lagi,
maka perkara seumpama ini tidaklah dirasakan terlalu membebankan
walaupun hakikatnya agak membebankan. Saya selalu berbisik pada diri
tatkala keletihan, " Tak mengapa, selagi aku ikhlas setiap detik
keletihan ini pasti ada nilainya di sisi Allah..".
Alhamdulillah... Allah memudahkan urusan. Segalanya berjalan lancar
ketika mana berurusan dengan Majlis Agama Islam Negeri Terengganu atau
dikenali sebagai JHEAT( Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) di Kompleks
Seri Iman dua hari yang lalu. Ini bermakna tanggungjawab diri selepas
ini semakin bertambah. Allah pasti bantu, insyaAllah...
Mencari jalan pulang
Bersendirian
di suatu sudut kampus pada suatu petang sambil memerhatikan pensyarah
dan mahasiswa ijazah pulang setelah masing-masing selesai melaksanakan
kewajipan . Sesekali angin bayu menderu lembut, tenang sekali rasanya.
Saya terfikir ,
"Inilah
lumrah kehidupan datang dan pulang... datang dengan cara dan masa yang
berbeza, dan pulang dengan cara dan masa yang berbeza. Apa yang pasti
semua orang akan pulang.."
(وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ (٩.....
Maksudnya: "...Dan hendaklah kamu tetap
bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan."
[Surah al-Mujadilah:9]
Ya,
inilah hakikat kehidupan bagi setiap insan. Kita semua sedang mencari
jalan pulang. Pulang kepada siapa? Pulang kepada Tuhan kita, Allah yang
menciptakan kita. Kadang-kala kesibukan kita dengan urusan dunia ini
menjadikan kita tergelincir daripada jalan pulang dan kita pun lupa akan
hakikat ini. Kadang-kala kita terlalu lapang dan bersenang-lenang
sehingga terlupa akan hakikat ini. Ini juga suatu bentuk sibuk, iaitu
sibuk dengan kesenangan.
Si pelajar sibuk dengan kerja sekolahnya, si kontraktor pula sibuk
dengan lukisan pelan-pelan bangunannya, si doktor sibuk dengan mengulang
kaji istilah biologinya, si penjahit sibuk dengan tempahan-tempahan
bajunya, si akauntan sibuk dengan kerja mengaudit kredit dan debit, si
peniaga makanan sibuk dengan jualan dan pelanggannya,
si
penternak sibuk dengan kesihatan ternakannya,si penjual emas sibuk
dengan tukaran emas dan analisis nilai emas semasa, si atlet sibuk
dengan latihan kecergasan dan staminanya, si pesawah sibuk dengan
padinya, si penoreh getah sibuk dengan kerja penorehan dan mengutip susu
getah yang telah kering manakala si penuntut ilmu agama sibuk dengan
kitab-kitabnya.
Semua orang sibuk tetapi adakah kita masih sedar hakikat kehidupan kita ini? Bahawa sebenarnya kita sedang menuju jalan pulang? Lihatlah saat ini adakah kita berada di jalan pulang yang benar? Ada ketikanya insan keliru dalam mencari jalan pulang malah kadang-kalanya rasa seperti sudah berputus asa mencari jalan pulang. Tetapi, dengan kasih sayang Allah insan berjaya melaluinya malah sebahagian besar doa yang dirintih kepadaNya sepanjang hayat insan telah pun dilupakan.
Khatimah/Penutup
Semua orang sibuk tetapi adakah kita masih sedar hakikat kehidupan kita ini? Bahawa sebenarnya kita sedang menuju jalan pulang? Lihatlah saat ini adakah kita berada di jalan pulang yang benar? Ada ketikanya insan keliru dalam mencari jalan pulang malah kadang-kalanya rasa seperti sudah berputus asa mencari jalan pulang. Tetapi, dengan kasih sayang Allah insan berjaya melaluinya malah sebahagian besar doa yang dirintih kepadaNya sepanjang hayat insan telah pun dilupakan.
Khatimah/Penutup
Ingatlah firman Tuhan supaya bertakwa sehingga bertemu jalan pulang. Takwa atau erti keimanan yang sebenarnya ini hanyalah hadir apabila insan sabar dalam bermujahadah(bersusah-payah), tidak berputus asa walau seberat mana pun beban yang perlu dipikul. Ingin bertemu jalan pulang? Bertakwalah.